Berita UtamaIstimewa

Pertahan arak: Agenda DAP, MCA untungkan kapitalis

Ronnie Liu bantah DBKL beku lesen arak jadi tanda tanya

BANGI, 15 Syawal 1441H, Ahad – Kelantangan pemimpin DAP, Ronnie Liu membidas tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras menimbulkan tanda tanya.

Apakah DAP dan satu lagi parti politik iaitu MCA mempunyai agenda sama untuk melindungi pengusaha arak, soal Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainudin.

“YB Ronnie Liu membantah DBKL membekukan pengeluaran lesen baru penjualan arak.

“Jelas kelihatan DAP dan MCA bersepakat dalam agenda yang menguntungkan pihak kapitalis,” dakwanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ronnie mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘tiada guna’, PAS ‘gila’ dan UMNO ‘lagi gila’ selepas DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras.

Beliau mendakwa, pembekuan itu sebagai tidak berperlembagaan dan mendesak DBKL segera menariknya kembali..

Selain itu, beliau ada menyebut DAP akan mengambil tindakan perlu selepas berunding dengan pasukan perundangan mereka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close