Berita UtamaPendapat

Putuskan rantaian parti rasis ultra kiasu sebelum parah

Ultra bawa pemikiran undang kerosakan, keharmonian negara

KEWAJIPAN kita semua yang menyayangi agama, bangsa dan negara untuk memastikan rantaian parti ultra kisau dan kumpulan yang bersama mereka diputuskan, selain mengelakkannya dari terus merebak di negara ini.

Kumpulan ini agak merbahaya kepada negara kerana mereka membawa banyak idea dan pemikiran yang boleh merosakkan keharmonian dan kesejahteraan negara ini.

Beberapa orang pemimpin kumpulan ini mendokong Gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang diharamkan.

Sokongan dan dokongan mereka terhadap LTTE amat menggusarkan kita kerana ia boleh menimbulkan suasana yang tegang di negara ini, sekiranya mereka meneruskan kempen-kempen untuk menyokong LTTE.

Malah, tidak mustahil idea LTTE telah disebarkan dan diikuti oleh rakyat negara ini.

Pemimpin kumpulan atau parti ini juga menyokong ideologi komunis dengan mengadakan beberapa perjumpaan dan perhimpunan yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Ini menunjukan bahawa pemimpin-pemimpin parti ultra kisau ini terdiri dari barisan kepimpinan yang membawa ideologi yang amat tidak bersesuaian dengan negara kita dan telah ditolak oleh rakyat negara ini.

Mereka masih berusaha membawa ideologi yang bertentangan dengan agama dan budaya negara kita.

Mereka seolah-olah tidak menghiraukan keresahan rakyat negara ini yang sebahagian besarnya menolak pemikiran ini walaupun terdapat juga rakyat negara ini yang telah terpengaruh dengan pemikiran mereka.

Kedegilan mereka tidak berganjak kerana ada kumpulan atau parti-parti bangsa Melayu bersama mereka.

Parti rasis ultra kisau semakin rancak kerana ada parti-parti Melayu yang menyokong mereka hanya kerana mengejar kuasa dan pangkat melalui sokongan undi dalan pilihanraya, meskipun mereka hanya dapat kuasa boneka.

Parti rasis ultra kisau juga menolak sebarang cadangan, pindaan undang-undang atau akta yang ada kaitan dengan agama Islam, walaupun pindaan tersebut hanya melibatkan orang Islam sahaja.

Mereka amat mencampuri urusan agama Islam termasuk perkara-perkara ibadah dalam Islam sebagaimana mereka menentang Rang Undang-Undang (RUU) 355 sebelum ini.

Isu terakhir yang menjadi perdebatan dan perbincangan hangat sekarang ini ialah isu arak.

Kita lihat bagaimana pemimpin parti rasis ultra kisau ini menolak bila ada cadangan untuk mengharamkan arak dijual dan diminum secara bebas sehingga boleh mendatangkan musibah kehilangan nyawa.

Beberapa contoh di atas sudah cukup untuk kita tidak membiarkan parti rasis ultra kisau ini terus dengan dakyah jahat mereka yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara ini.

Begitu juga, kita perlu menolak mana-mana parti Melayu yang membentuk pakatan dan pemuafakatan dengan parti rasis ultra kisau ini kerana persepakatan ini akan melenyapkan identiti bangsa Melayu dan maruah agama Islam.

Kuasa politik yang diperolehi parti Melayu dalam pemuafakatan ini hanyalah kuasa boneka yang akan melemahkan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Kita tidak boleh membiarkan parti rasis ultra kisau meneruskan dakyah jahat mereka.

Kita juga perlu memutuskan rantaian serta pendokong mereka sebagaimana kita cuba memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita sehingga berjaya.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Pasir Puteh
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close