Berita UtamaDunia

COVID-19: Singapura catat 386 kes baharu

Jumlah keseluruhan kini 38,296 kes

SINGAPURA, 16 Syawal 1441H, Isnin – Singapura melaporkan 386 kes baharu COVID-19 pada tengah hari ini dengan majoriti yang dijangkiti masih pekerja asing yang tinggal di asrama, menjadikan jumlahnya kini 38,296 kes.

Bagi kes baharu itu, hanya dua kes membabitkan kes komuniti membabitkan seorang warga Singapura dan seorang lagi pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan republik itu dalam kenyataan.

Dalam data penuh dikeluarkan pada lewat Ahad, Singapura mengklasifiksikan 1,743 sebagai kes komuniti, 580 kes import dan 35,587 membabitkan pekerja asing di asrama.

Secara keseluruhannya, 24,886 kes jangkitan COVID-19 atau kira-kira 66 peratus daripada jumlah semalam iaitu 37,910, telah dibenarkan discaj dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti.

Setakat Ahad, terdapat 295 kes disahkan yang masih dirawat di hospital dengan tiga pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 12,704 kes mempunyai gejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat ini, 25 orang di republik ini meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19.

Hanya satu kluster baharu dikenal pasti pada Ahad, membabitkan asrama di 6, Tuas South Street 2.

Berikutan tiada lagi kes berkaitan Northpoint City di 930, Yishun Avenue 2; dan asrama di 133, Tuas View Square untuk tempoh dua inkubasi lepas selama 28 hari, dua kluster itu kini ditutup. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button