Berita Utama

DAP terus jadi pencatur PH

Saran Dr Mahathir, Anwar bekerjasama lawan PM, Najib

BANGI, 16 Syawal 1441H, Isnin – Parti tamak haloba DAP terus menjadi pencatur dalam Pakatan Harapan (PH) apabila menyarankan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama melawan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, sekiranya kedua-dua pemimpin itu tidak bekerjasama, jumlah kerusi dimiliki Pakatan Harapan dan sekutunya (PH Plus) akan berpecah.

Katanya, selain Dr Mahathir dan Anwar, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memainkan peranan penting dalam gabungan tersebut.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 91 kerusi selepas pembelotan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang. Bersama kumpulan Bersatu yang menyokong Dr Mahathir dan dua ahli Parlimen Bebas pro-Mahathir, PH Plus kini memegang 109 kerusi.

“Apa lebih penting, mengelakkan perpecahan dan menstabilkan 109 kerusi itu. Tidak kira sama ada Dr Mahathir atau Anwar yang akan menjadi calon Perdana Menteri,” dakwanya.

Mengulas perkara itu, Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya secara sinis memuji hebat sungguh DAP dan lemahnya pemimpin-pemimpin lain dalam PH.

“Agak-agaklah kalau PH menang balik, siapa yang akan menguasai kerajaan? Mungkin Perdana Menteri orang Melayu tapi pencatur tetap DAP. Dan kita tahu DAP tak suka Islam dan Melayu,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button