Berita UtamaIstimewa

Inilah pemimpin PH…tak sensitif isu arak

Melayu, Islam tak minum arak, tapi mati dilanggar pemandu mabuk

BANGI, 16 Syawal 1441H, Isnin – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengecam kenyataan dangkal Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya apabila mendakwa pembekuan lesen arak tidak akan menyelesaikan isu pemandu mabuk.

Pemimpin PKR itu mendakwa, cadangan membekukan lesen minuman keras hanya menyebabkan ramai rakyat yang ketagihan beralih kepada alternatif lain lebih membahayakan seperti penagihan dadah.

“Kini ramai telah ketagih kepada arak. Sekiranya, kita melarang penjualannya mungkin mereka akan mencari alternatif seperti dadah atau pun arak murah.

“Kemungkinan cadangan tergesa-gesa ini mengakibatkan lebih ramai rakyat Malaysia ketagih kepada dadah sekiranya penjualan arak dilarang secara besar-besaran,” dakwanya.

Menyelar alasan tidak berasas pemimpin Pakatan Harapan itu, Naib Pengerusi PEMBELA, Ustaz Masridzi Sat menyifatkan kenyataan pemimpin berkenaan seperti menafikan bahaya minuman keras kepada masyarakat dan negara.

Beliau berkata, golongan yang bersependapat dengan M Karupaiya turut menafikan bahawa mereka gemar minum minuman memabukkan itu.

“Mereka juga sangat sayang kepada industri perniagaan arak serta langsung tidak sensitif dan sedih kepada bangsa Melayu Islam yang tidak minum arak, tetapi mati akibat dilanggar pemandu mabuk,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Masridzi berkata, M Karupaiya langsung tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Malah, beliau juga tidak menghormati hak majoriti penduduk Islam di negara ini.

“… tak cerita langsung hak minum arak itu datang dari mana. Adakah dari agama atau budaya mereka mahupun undang-undang negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close