Berita Utama

PM sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Patik sekalian doakan KDYMM Tuanku diberi kekuatan dan keberkatan

KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1441H, Isnin – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta kaum kerabat Seri Paduka berdua.

“Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku akan diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua.

“Patik juga berdoa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

“Menjunjung kasih Tuanku,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter dan Facebook beliau. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button