Pendapat

‘Warming-up’ fasa pemulihan

Tempoh 'kepungan' yang panjang tentunya berikan keinsafan

TERNYATA suasana lalu lintas jelas semakin sibuk, apatah lagi setelah PKPP diumumkan oleh PM semalam.

Saya jangkakan jalan raya akan sesak menjelang hujung minggu ini, terutamanya dengan tujuan untuk menziarahi ayah bonda di kampung halaman yang dirindui.

Apa tidaknya, 80 hari ini bukanlah jangka tempoh yang pendek. Apatah lagi menempuhi Ramadan dan Syawal yang begitu sinonim dengan mendampingi ahli keluarga yang berjauhan.

Di antara terapi kepada kesan-kesan kepungan kepada mental, fizikal dan spritual adalah :

1- Interaksi insani

Setiap kita khususnya anak-anak harus didekatkan dengan datuk-nenek, ‘pakcik’ dan ‘makcik’, serta bertemu rakan sebaya mereka.

2- Interaksi alam

Setiap kita khususnya anak-anak dan generasi muda kita harus keluar seketika dalam alam gajet untuk berinteraksi dengan alam buana yang indah dan benar serta ‘tidak mengkhayalkan.

3- Kecergasan fizikal

Saya tidak pasti sejauh mana di kalangan kita yang mengambil berat menjaga kesihatan fizikal di sepanjang tempoh 80 hari yang lalu. Dengan Ramadan, berat badan seharusnya turun walau pun sedikit. Seramai mana di kalangan kita dan anak-anak yang terus mengeluarkan peluhnya dan menjaga kecergasan fizikal. Ini adalah hak badan dan hak umat.

4- Kecergasan ruh

Ramadan seharusnya membina kesihatan dan kecergasan ruh kita semua tetapi kita bukan malaikat. Iman ada turun naiknya, begitu juga dengan stamina dan pembangunan ruh kita dan anak-anak. Latihan Ramadan harus dikekalkan dan dibugarkan dari masa ke semasa. Peluang ke masjid dan surau serta pertemuan yang membina semangat dan keimanan tentunya sangat dinanti.

5- Pemulihan ekonomi

Setiap kita punyai kemampuan yang berbeza dan ujian setiap kita juga berbeza. Tugas kita adalah berusaha sebaik mungkin dan meletakkan harapan setingginya kepada Pemberi Rezeki dan Pemberi Kata Putus.

6- Kemahiran baharu dan potensi diri

Tempoh ‘kepungan’ yang panjang tentunya memberikan keinsafan kepada kita tentang kelebihan, kekurangan dan potensi yang kita miliki dan apakah kemahiran baharu yang harus kita gilap untuk membiasakankan kita untuk berjaya dengan norma baharu, bahkan melonjak ke persada yang lebih tinggi.

7- Sumbangan buat umat dan negara

Kedudukan seseorang hamba di sisi Tuhannya adalah pada taqwa dan darjat yang lebih tinggi dianugerahkan kepada pewaris kerjaya yang ditinggalkan oleh RasulNya. Ambil peduli, sumbang yang sebaiknya dan doakan kebaikan untuk umat dan negara.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button