Berita UtamaDunia

Arab Saudi mungkin benarkan ibadah haji dengan kuota terhad

Beberapa larangan kepada warga emas dijangka dilaksanakan

RIYADH, 17 Syawal 1441H, Selasa – Arab Saudi dijangka mengehadkan jumlah jemaah haji pada tahun ini untuk mencegah penularan COVID-19, setelah kes di negara itu mencecah 100,000, kata sumber kepada Reuters.

Sumber berkata, pihak berkuasa kini mempertimbangkan untuk membenarkan ‘hanya angka simbolik’ tahun ini, dengan beberapa sekatan termasuk larangan kepada jemaah yang lebih tua dan tambahan pemeriksaan kesihatan.

Dengan prosedur yang ketat, pihak berkuasa berpendapat, negara itu boleh menerima hingga 20 peratus kuota jemaah haji dari setiap negara, kata sumber yang lain kepada Reuters.

Beberapa pegawai masih mendesak untuk pembatalan haji, yang dijangka bermula pada akhir Julai, kata sumber itu.

Bagaimanapun, pejabat media pemerintah dan jurucakap Kementerian Haji dan Umrah tidak menjawab permintaan untuk memberi komen.

Mengehadkan atau membatalkan haji akan terus menekan kewangan pemerintah yang dilanda kejatuhan harga minyak dan wabak tersebut. 

Penganalisis meramalkan penguncupan ekonomi yang teruk tahun ini, dengan kerajaan Arab Saudi telah menghentikan penerbangan penumpang antarabangsa pada bulan Mac.

Pada tahun 2019, kira-kira 19 juta jemaah melaksanakan ibadah umrah sementara haji seramai 2.6 juta jemaah. 

Sebelum ini, pada bulan Mac, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan perancangan melaksanakan ibadah haji dan umrah sehingga diberitahu kelak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button