Berita Utama

COVID-19: 7 kes baharu, tiada penularan tempatan babit warganegara

6 kes import dapat jangkitan di luar negara, 1 kes penularan domestik

PUTRAJAYA, 17 Syawal 1441H, Selasa – Malaysia hari ini mencatat kes COVID-19 satu angka, untuk dua hari berturut-turut dengan tiada kes penularan dalam negara melibatkan kalangan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan tujuh kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 8,336 kes.

“Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala satu kes penularan di dalam negara melibatkan pekerja bukan warganegara (iaitu kes saringan untuk mula berkerja).

“Sukacita dimaklumkan bahawa hari ini, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah 1,244 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close