Berita UtamaIstimewa

Hindar politiking, selami aspirasi rakyat ramuan kejayaan Muhyiddin

Kerajaan perlu sentiasa peka dengan ketidakselesaan rakyat

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 17 Syawal 1441H, Selasa – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membina persepsi positif dalam pandangan rakyat, ketika negara mengalami tempoh sukar berdepan krisis ekonomi dan kesihatan akibat wabak COVID-19. 

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan, Muhyiddin memahami rasa hati rakyat dengan tidak bercakap isu-isu politik, sebaliknya menjadi kebajikan dan negara sebagai keutamaan.

Beliau berkata, Muhyiddin mungkin memahami sikap berpolitik adalah antara sebab rakyat menyampah dengan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sehingga isu penting dan urusan pentadbiran diabaikan. 

“Menyelami aspirasi rakyat syarat penting kejayaan mana-mana kerajaan termasuk kerajaan Malaysia. 

“Mana-mana kerajaan atau parti yang ingin berjaya memerintah di Malaysia era masa depan harus faham bahawa rakyat Malaysia boleh membuat keputusan dan menentukan masa depan negara mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini. 

Hari ini genap 100 hari pertama Muhyiddin menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis COVID-19 yang bukan menjejaskan kesihatan, bahkan melemahkan sektor ekonomi. 

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sekali gus mengakhiri kemelut politik negara pada Februari lalu. 

Setelah beberapa siri episod kemelut yang berlaku, Ustaz Abdullah Zaik menegaskan bahawa politik memperbodohkan rakyat telah pun berlalu. 

“Cuma satu yang perlu diperbaiki oleh rakyat ialah hendaklah objektif dan jangan terlalu sentimental. 

“Peringatan juga kepada Muhyiddin supaya sentiasa peka dengan ketidakselesaan rakyat,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close