Berita Utama

ISMA ajak balas jasa, isi minyak di PETRONAS

PETRONAS banyak sumbang ketika COVID-19, industri merosot

BANGI, 17 Syawal 1441H, Selasa – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini mengajak orang ramai untuk menyokong PETRONAS dengan mengisi minyak di stesen-stesen syarikat itu.

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, PETRONAS banyak berbakti kepada negara terutamanya sewaktu melawan pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada ramai pihak terutama dari segi ekonomi.

“PETRONAS membantu dengan pelbagai bentuk sumbangan walaupun tatkala industri minyak dan gas dunia sedang merosot teruk.

“Ayuh balas jasa mereka dengan mengisi minyak di stesen-stesen minyak PETRONAS sempena fasa pemulihan terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,” katanya yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, orang ramai pada masa sama dilihat menyokong inisiatif berkenaan dan mahu turut serta membalas budi PETRONAS dengan menjayakannya.

Pengguna laman sosial Facebook, Azakiah Ahmad berkata, sebagai tanda sokongan, beliau akan mengisi minyak di stesen-stesen syarikat itu yang berdekatan dengannya.

“Saya akan isi petrol di #PetronasUtp, #PetronasSeriIskandar, #PetronasBatuGajahPerdana, #PetronasTamanSaujanaBtGajah,” katanya.

Umar Shafie pula berkata, beliau sudah melaksanakan inisiatif itu sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sejak mula PKPB, memang dah selalu isi di Petronas,” katanya.

Pengguna Facebook, Fauzleeyaton Zain pula berkata: “Insya-Allah.. kami support Petronas”.

Manakala, Mariyawati Mat Min pula mencadangkan, agar orang ramai memuat turun aplikasi Setel bagi mendapatkan lebih keuntungan ketika mengisi minyak.

“Nak lagi untung download Setel. Isi minyak dapat rebat sehingga 10 peratus. Saya dah ‘Setel’. Try lah senang dan untung,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close