Berita Utama

Malaysia umum status tunai haji, solat Jumaat Khamis ini

Turut diumum SOP berkenaan kapasiti solat jemaah, Jumaat

PUTRAJAYA, 17 Syawal 1441H, Selasa – Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji untuk mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri.

Turut akan diumumkan pada Khamis ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.

“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah,” katanya dalam sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020, di sini hari ini.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji bagi tahun ini dengan alasan kesihatan dan keselamatan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.

Zukifli berkata Malaysia akan mengadakan perbincangan khusus dan rasmi dengan pelbagai pihak berautoriti berhubung dasar yang akan diputuskan termasuk berkaitan status tunai haji dan solat Jumaat dan berjemaah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close