Berita Utama

Pemuda PAS P. Pinang buat laporan SPRM terhadap Guan Eng, AG

Minta siasatan dilakukan terhadap mereka di bawah Akta SPRM 2009

GEORGE TOWN, 17 Syawal 1441H, Selasa – Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa oleh bekas menteri dan bekas peguam negara ketika dalam kerajaan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Abdul Razib Abdul Rahim berkata laporan itu dibuat susulan pendedahan surat bertarikh 14 Jun 2019 yang tular di media sosial dan portal berita baru-baru ini yang didakwa mengenai permohonan bekas menteri itu untuk melepaskan akaun bank milik seorang individu yang dibekukan oleh SPRM.

“Surat itu juga pada perenggan 5 menyatakan berdasarkan permohonan itu, bekas peguam negara telah bertindak mengarahkan SPRM untuk menarik balik pembekuan semua akaun milik individu terbabit. Saya percaya bekas menteri dan bekas peguam negara itu mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung telah menggunakan jawatan, kedudukan dan pengaruh mereka berhubung perkara ini.

“Oleh itu, saya meminta satu siasatan dan tindakan diambil terhadap mereka di bawah Akta SPRM 2009 atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.

Abdul Razib turut diiringi beberapa Exco Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Lim Bee Kean ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close