Berita Utama

Persoalan umum patut dibahaskan bukan dijawab ikut perasaan

Jawapan 'tidak memilih' hanya dorong anak muda tak peduli politik

BANGI, 17 Syawal 1441H, Selasa – Persoalan umum yang dijawab dengan jawapan ‘tidak memilih’ hanya membawa kepada implikasi tidak peduli politik dalam kalangan anak muda, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman. 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang penulis, Pahrol Mohamad Juoi yang menyatakan tidak akan memilih antara pemimpin kafir yang jujur dan muslim rasuah, kerana menyifatkan pilihan masih banyak. 

Tidak sependapat dengan pandangan itu, Ustaz Mohd Hazizi berkata, persoalan kuasa di tangan muslim atau kafir mempunyai sandaran syarak yang sangat kuat. 

“Persoalan umum sepatutnya dibahaskan, siapa muslim rasuah, siapa kafir jujur? Benarkah rasuah, benarkan jujur?

“Jika bercampur aduk, siapa yang lebih dominan?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini. 

Ustaz Mohd Hazizi berkata, persoalan penulis terbabit melibatkan hukum syarak, tetapi dijawab mengikut perasaan sedangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai. 

“Bertakwalah. Kita sedap berbahasa, tetapi kita harus cermat meneliti implikasi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close