Berita UtamaDunia

20 mati kapal karam di Tunisia

53 penumpang dilaporkan mahu menuju ke Itali

TUNISIA, 18 Syawal 1441H, Rabu – Sekurang-kurangnya 20 maut apabila sebuah kapal yang membawa puluhan migran tenggelam di pantai Tunisia, kata pegawai tempatan.

Jurucakap mahkamah, Sfax Mourad Tourki berkata, siasatan telah dibuka susulan kejadian di Kepulauan Kerkennah yang meragut nyawa orang dari negara-negara di sub-Sahara Afrika itu.

Tourki mengatakan, seramai 53 orang telah menaiki kapal itu dengan tujuan untuk sampai ke pantai Itali.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan operasi mencari baki penumpang.

Bulan lalu, pihak berkuasa Tunisia memaklumkan sekurang-kurangnya seorang pendatang, lemas dan enam hilang dari kapal karam yang lain. Lebih daripada 80 berjaya diselamatkan.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), percubaan masuk ke pantai Itali dari Tunisia telah melonjak sebanyak 150 peratus dalam empat bulan pertama tahun ini, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019.

Tahun lalu, 86 orang mati ketika kapal mereka karam di pesisir bandar Zarzis di selatan Tunisia.

Pantai Tunisia telah menjadi tempat bagi ribuan pendatang menaiki kapal, termasuk rakyat Tunisia, demi mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Jurucakap Pengawal Nasional Tunisia. Houssemeddine Jebabli berkata bahawa minggu lalu, 140 pendatang tanpa dokumen telah ditangkap. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close