Berita UtamaIstimewa

Ajak PH gencatan politik, UMNO ibarat bawa musuh masuk selimut

PH tak pernah ikhlas utamakan rakyat, apa rasional babitkan mereka?

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 18 Syawal 1441, Rabu – Langkah kerajaan Perikatan Nasional menangani wabak COVID-19 cukup sempurna, jadi apa motif Pemuda UMNO mengajak Pakatan Harapan (PH) mengadakan gencatan politik. 

Demikian persoalan diajukan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Hassan Mad, susulan gesaan Pemuda UMNO yang meminta semua ahli dan parti politik, sama ada di blok kerajaan atau pembangkang, melakukan gencatan politik buat sementara waktu bagi memberi laluan pemulihan ekonomi berjalan lancar.

Beliau musykil dengan saranan gencatan senjata yang diutarakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, seolah-olah menunjukkan UMNO meragui kemampuan kerajaan PN dan jentera dalam mengendalikan situasi semasa di dalam negara.

“Kenapa UMNO nak buang masa ajak PH adakan gencatan politik untuk fokus tangani wabak COVID-19?

“PH itu pembangkang mutlak. Mentaliti mereka ialah bangkang. Baik atau buruk, asalkan dari seteru politik mereka akan bangkang, malah akan sabotaj.

“Saranan Pemuda UMNO ini ibarat bawa musuh masuk selimut,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Datuk Hassan turut menegaskan bahawa PH sudah tidak lagi relevan kini.

“Rakyat sudah move on, nak buat apa babitkan kan puak yang sudah tak relevan yang dilupai rakyat.

“PH tak pernah ikhlas utamakan rakyat, apa rasionalnya nak libatkan mereka? Saya tak nampak rasionalnya,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Asyraf Wajdi menegaskan, keutamaan semua pihak ketika ini adalah untuk membantu rakyat yang dihimpit kesukaran kesan penularan COVID-19, berbanding perebutan kuasa politik yang hanya akan memudaratkan negara.

Sebagai respons kepada saranan itu, Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Howard Lee pula menegaskan, sekiranya UMNO mahukan gencatan senjata dalam politik, mereka perlu mengembalikan semula ‘kuasa’ yang dirampas.

Hanya dengan cara itu kata Howard, dapat mengembalikan semula mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close