Berita UtamaDunia

COVID-19: Ramai rakyat Britain mati sendirian di rumah

Pesakit meninggal dunia tanpa rawatan, proses yang betul

LONDON, 18 Syawal 1441H, Rabu – Ketakutan semakin meningkat berikutan jumlah rakyat Britain yang mati sendirian akibat COVID-19 tidak dapat dikesan, kadang-kadang selama berminggu-minggu, lapor Press TV.

Doktor di United Kingdom (UK) memberi amaran selepas laporan baru menunjukkan sejumlah kes yang membimbangkan di mana pesakit meninggal dunia tanpa rawatan dan proses yang betul.

Wartawan Press TV di UK, Amina Taylor berkata, itu adalah kenyataan pahit bagi ratusan rakyat di seluruh United Kingdom.  

Bukti yang dikeluarkan oleh Royal College of Pathologists di UK menunjukkan kira-kira 700 individu mengalami nasib ini sejak awal perintah berkurung dan banyak lagi yang sedang disiasat.

Ramai warga emas dilaporkan meninggal dunia di rumah secara sendirian kerana COVID-19 dan tidak dijumpai sehingga dua minggu, kata doktor.

Sebilangannya hanya ditemui setelah dicari saudara-mara atau jiran dan ramai tidak dapat dikesan dalam tempoh yang lama sehingga badan mereka mulai terurai.

Pegawai perubatan percaya bahawa ada belasan kes seperti itu berlaku di London pada bulan Mac, April dan Mei. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button