Berita UtamaIstimewa

Gesa PM serah kerajaan, pemimpin DAP terdesak nak kuasa

Negara, rakyat akan tanggung rugi besar jika PH kembali jadi kerajaan

BANGI, 18 Syawal 1441H, Rabu – Alasan pemimpin DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH) Plus, selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat jelas lemah dan terdesak.

Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil berkata, sekiranya PH diberi mandat untuk kembali menjadi kerajaan, kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat dan negara menjadi lebih besar akibat daripada ekonomi yang merudum.

“Di tambah pula dengan ketidakcekapan menteri-menteri kerajaan PH, dan ketidakstabilan politik yang berpanjangan seperti yang kita telah lihat selama 22 bulan PH memerintah sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, Ngeh Koo Ham mahu Muhyiddin menyerahkan kerajaan secara terhormat kepada PH Plus selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Beruas itu berkata, Muhyiddin tidak harus memohon pembubaran Dewan Rakyat kerana ia dapat menjimatkan RM100 juta wang rakyat untuk pembayaran pencen kepada anggota Kabinet Perikatan Nasional.

“Ia dilaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan terdesak ini mungkin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat dan meminta diadakan pemilihan baru,” dakwanya.

Membidas perkara itu, Isham berkata, PH telah banyak membuat kerosakan sebelum ini termasuk negara kerugian beratus bilion ringgit apabila ramai pelabur lari, aset dengan dijual dengan harga berpuluh bilion ringgit.

“Malah, hutang negara bertambah berbilion-bilion, ramai rakyat kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

“Takkan kita ingin kembali ke era ini dan beri mereka kuasa semula setelah melihat apa yang mereka telah buat?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close