Berita UtamaDunia

Israel sekat wang cukai, Palestin tak lagi mampu bayar gaji penjawat awam

Mereka juga pernah tidak bergaji selama 6 bulan: Shtayyeh

BAITULMAQDIS, 18 Syawal 1441H, Rabu – Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh mengumumkan gaji penjawat awam tidak akan lagi dibayar pada akhir bulan ini.

Mohammed berkata, ia berikutan Israel enggan memindahkan wang cukai, seperti dilapor Quds Press.

“Kami telah membayar gaji penjawat awam pada Mac dan April, malah kami juga menawarkan bantuan kepada keluarga-keluarga miskin dan menawarkan wang pinjaman dengan caj bunga tiga peratus.

“Namun, kami tidak akan menukar wang dengan politik.

“Pekerja kami bersedia menanggung akibat apabila Israel menahan wang kami. Sebelum ini, kami tidak bergaji selama enam bulan,” katanya.

Pada masa sama, Mohammed berkata, pihaknya menyedari bahawa rakyat Palestin semakin menderita akibat krisis kewangan, selain berhadapan dengan wabak COVID-19 dan dijajah oleh rejim pengganas Israel.

Minggu lalu, pihak berkuasa (PA) Palestin mendedahkan bahawa Israel menahan cukai pendapatan mereka pada bulan Mei sehingga PA mengaktifkan semula perjanjian koordinasi keselamatan dengan Tel Aviv.

Jurucakap PA, Ibrahim Milhem berkata, pihaknya enggan tunduk akan desakan Israel.

19 Mei lalu, Presiden Mahmoud Abbas mengumumkan untuk menangguhkan semua perjanjian yang ditandatangani bersama Israel termasuk Perjanjian Ekonomi Paris, yang mengatur hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua pihak, termasuk bersetuju dengan rancangan Israel untuk merampas 30 peratus Tebing Barat yang diduduki. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close