Berita Utama

Kedah tak benar lagi kenduri, aktiviti sukan, pusat hiburan

Spa, rumah urut dan beberapa aktiviti lain masih dilarang: Polis

ALOR SETAR, 18 Syawal 1441H, Rabu – Kedah masih tidak membenarkan sebarang aktiviti keramaian termasuk majlis kenduri atau aktiviti sukan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, walaupun kerajaan melonggarkan pergerakan dalam PKPP ini namun ada sebahagian aktiviti yang masih tidak dibenarkan.

Ia termasuk tempat seperti spa, pusat hiburan, rumah urut dan beberapa aktiviti lain yang masih dilarang.

Katanya, jenis sukan yang bersentuhan atau membabitkan ramai orang seperti bola sepak juga masih tidak dibenarkan.

“Tindakan akan diambil sekiranya ada yang masih berdegil dan ingkar dengan arahan yang ditetapkan,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan orang ramai patuh dengan arahan yang ditetapkan.

“Ahad lalu, kami menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Putra dan menahan seramai 15 individu termasuk penjaga premis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya akan mencadangkan lesen pusat hiburan itu ditarik kerana tidak mematuhi arahan ditetapkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close