Berita UtamaDunia

Lion Air Indonesia mulakan semula penerbangan domestik

Penerbangan seluruh Indonesia dan negara di rantau Asia Tenggara

JAKARTA, 18 Syawal 1441H, Rabu – Lion Air Indonesia dan unit di bawahnya Batik Air serta Wing Air akan memulakan kembali penerbangan domestik bermula hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Penerbangan yang beroperasi semula itu akan mematuhi semua protokol kesihatan yang ditetapkan untuk memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Di bawah protokol kesihatan, pelancong yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan itu perlu menunjukkan dokumen hasil ujian saringan atau sijil kesihatan yang mengesahkan bebas COVID-19.

Lion Air, Batik Air dan Wing Air menyediakan penerbangan ke seluruh Indonesia dan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Vietnam.

Indonesia secara bertahap mengurangkan sekatan dan bersiap untuk membuka kembali ekonomi di bawah kebiasaan baharu.

Pandemik COVID-19 menjejaskan sektor penerbangan menyaksikan jumlah pelancong asing yang mengunjungi Indonesia menjunam 87.44 peratus pada April, memetik data Agensi Statistik Kebangsaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button