Berita Utama

Masjid, surau Zon Hijau di Wilayah Persekutuan dibuka esok

Perluasan jemaah satu pertiga daripada jumlah had kapasiti

PUTRAJAYA, 19 Syawal 1441H, Khamis – Semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu telah dipersembah dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat.

“Sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai pada hemat jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak kariah lain untuk hadir.

“Kapasiti ini akan ditambah secara berperingkat dengan makluman dari semasa ke semasa atas nasihat daripada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button