Berita Utama

COVID-19: Kes baharu naik 2 angka kepada 31, tiada kematian

20 kes penularan di dalam negara, 11 lagi adalah import

PUTRAJAYA, 19 Syawal 1441H, Khamis – Selepas mencatatkan jumlah kes baharu terendah pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, jumlah kes baharu positif COVID-19 hari ini kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,369 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,186 kes.

“Daripada 20 kes penularan di dalam negara, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan hanya satu kes adalah kalangan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz,” katanya dalam sidang media perkembangan harian COVID-19 hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, bagi 19 kes dalam kalangan bukan warganegara sebanyak 16 kes Kluster Pedas di Negeri Sembilan manakala Kluster Kampung Sungai Lui, Selangor, Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kes.

Selain itu, beliau memaklumkan satu kes saringan melibatkan pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close