Berita Utama

COVID-19: Lebih 1,000 sekolah tahfiz tak berdaftar

Hanya 400 buah berdaftar untuk jalani ujian pengesanan

PUTRAJAYA, 19 Syawal 1441H, Khamis – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan kira-kira 1,000 pusat tahfiz masih belum berdaftar.

Ekoran itu katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya dapat menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di lebih 400 sekolah tahfiz sahaja di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, KKM akan meneruskan aktiviti pengesanan COVID-19 dalam komuniti termasuk di pusat-pusat jagaan yang mempunyai peningkatan kes secara mendadak.

“Setiap hari kita melaksanakan saringan dengan menambah pusat-pusat jagaan termasuk pusat jagaan warga emas dan sekolah tahfiz.

“Pun begitu setakat ini, kita hanya melakukan saringan di lebih 400 sekolah tahfiz dan saya dimaklumkan terdapat lebih 1,000 pusat tahfiz yang belum didaftarkan lagi,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button