Berita Utama

COVID-19: Senarai berita palsu tular 11 Jun: KKMM

KUALA LUMPUR, 19 Syawal 1441H, Khamis – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan laporan media tentang pembatalan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

KPDNHEP menjelaskan bahawa tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel.

KPDNHEP menegaskan bahawa penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel adalah melalui ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM) yang dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) selari dengan harga minyak mentah dunia.

2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan pemilik akaun Facebook Heidy Quah bertarikh 5 Jun 2020 bahawa seorang tahanan wanita yang baru melahirkan anak telah diberi layanan buruk di Depoh Imigresen.

JIM turut menafikan dakwaan bahawa tahanan diberi makanan yang tidak mencukupi dan air yang tidak bersih di samping berlakunya kes pukul dan juga kematian.

JIM menjelaskan bahawa tahanan wanita dan anak kecil ditempatkan di blok berasingan serta disediakan bekalan susu bayi termasuk keperluan asas wanita.

JIM memberi jaminan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan dalam menguruskan warga asing di depoh mengikut standard yang ditetapkan dalam Nelson Mendela Rule– Minimum standard Requirement on Detention. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close