Berita Utama

Difitnah, MRM bantu mualaf TLDM saman Arun Dorasamy

MRM akan terus sokong Mohd Al Fateh demi persaudaraan Islam

BANGI, 19 Syawal 1441H, Khamis – Multiracial Reverted Muslims (MRM) akan membantu memfailkan saman ke atas pengguna Facebook dikenali sebagai Arun Dorasamy kerana memfitnah seorang tentera laut kononnya dipaksa memeluk Islam. 

Presiden MRM, Firdaus Wong berkata, tentera laut terbabit, Mohd Al Fateh telah menghubunginya dan akan membuat laporan polis ke atas Arun berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini. 

“Apakah golongan seperti Arun berfikir hanya mereka yang memiliki peguam dan kami tiada peguam untuk membantu? 

“Terus berjuang Mohd Al Fateh dengan semangat seperti Sultan Mohd Al Fateh berjuang menegakkan kebenaran, mempertahankan negara dan agama. 

“Kami dari MRM akan terus menyokong anda. Demi persaudaraan Islam yang tidak membezakan bangsa dan warna kulit,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam kenyataan Firdaus sebelum ini, beliau menyarankan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Mohd Al Fateh menyaman Arun kerana keceluparannya mempersoalkan niat beliau memeluk Islam seolah-olah ditekan oleh TLDM. 

Menurut Firdaus, Arun juga mempersoalkan apakah tindakan Mohd Al Fateh memeluk Islam adalah kerana mahukan pangkat, wanita atau duit, bahkan menawarkan perkhidmatab kaunseling yang disifatkan cubaan mengajak kepada murtad.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close