Berita Utama

Isu PATI: Dedah VIP, penguat kuasa jadi pengkhianat

Rakyat perlu terus desak PDRM banteras penyeludupan migran

BANGI, 19 Syawal 1441H, Khamis – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa rakyat untuk teruskan mendesak dan menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam Malaysia. 

Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, beliau bersyukur usaha PEMBELA mengangkat isu sindiket penyeludupan warga asing sudah mendapat perhatian Bukit Aman. 

Ia sekali gus membuktikan bahawa pengkhianat memang wujud dalam kalangan penguat kuasa, katanya dalam kenyataan hari ini. 

“Ketua Polis Johor mahu dedahkan VIP yang terlibat dalam sindiket penyeludupan PATI. 

“JSJ Bukit Aman sudah kenal pasti penguat kuasa yang jadi pengkhianat isu migran. 

“Kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, bila nak respon ‘kehilangan’ 100,000 pelancong China dan India dalam Malaysia?,” soalnya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis telah mengenal pasti anggota penguat kuasa dipercayai bekerjasama dengan sindiket penyeludupan membawa masuk PATI dari dalam dan ke luar negara. 

“Ada anggota penguat kuasa yang terlibat dalam penyeludupan. Kami akan segera menyiasat mereka dalam fasa operasi seterusnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button