Uncategorized

PETRONAS dan MAS

Mampukah pimpinan baharu kembalikan zaman kegemilangan MAS?

1) SAMA tapi tak serupa. Kedua-dua PETRONAS dan MAS merupakan syarikat nasional milik kerajaan Malaysia yang merupakan kebanggaan rakyat Malaysia dalam industri masing-masing (minyak & gas dan penerbangan) namun nasib mereka jauh berbeza

2) PETRONAS merupakan menyumbang utama kepada pembangunan negara setiap tahun dengan jumlah dividen yang mencecah puluhan billion. Syarikat gergasi dunia ini sering digelar ‘mesin ATM’ negara

3) Masakan tidak, setiap tahun PETRONAS menyumbang secara purata lebih kurang 20% atau 1/5 daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara. Bagi Belanjawan Negara 2019, syarikat multi-nasional ini menambah dividen khas sebanyak RM30 billion menjadikan jumlah keseluruhan dividen PETRONAS pada tahun tersebut sebanyak RM54 billion. Mengikut rekod perbincangan dalam Dewan Rakyat pula, sejak ditubuhkan pada tahun 1974 sehingga 2012 sumbangan PETRONAS adalah sebanyak RM732 billion

4) Semua ini mampu dilakukan disebabkan PETRONAS mempunyai prestasi kewangan yang amat stabil. Sebagai contoh pada tahun2017, syarikat ini mencatatkan RM45.5 billion keuntungan bersih dan RM92 billion EBITDA dengan perbelanjaan CAPEX sebanyak RM44.5 billion. Manakala pada tahun 2018, PETRONAS mengumpul RM55.3 billion keuntungan bersih dan RM116.5 billion EBITDA dengan perbelanjaan CAPEX sebanyak RM46.8 billion

5) Berbeza kisahnya dengan MAS, syarikat penerbangan nasional ini telah sekian lama sakit tenat dan sering memerlukan bantuan kewangan yang berterusan dari pihak kerajaan. Syarikat penerbangan nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad ini mencatatkan kerugian setiap tahun sejak tahun 2011

6) Sebagai contoh, pada awal tahun 2014 kerajaan menyalurkan bantuan sejumlah separuh billion ringgit kepada MAS. Rentetan peristiwa hitam kehilangan MH370, kerajaan sekali lagi mengeluarkan pakej berjumlah hampir RM300 juta bagi membantu MAS mengurus bencana yang tidak diduga ini. Kemudian, kemalangan yang menimpa MH17 menambahkan lagi derita MAS

7) CEO baru yang diimport dari luar, Christoph Muller mengambil langkah drastik pada tahun 2015 dengan memberhentikan 6,000 pekerja, menjual 2 buah jet A380, menambahbaik (refurbish) keadaan kapal terbang, menjual beberapa aset strategik serta melakukan rombakan laluan yang jauh (long distance route) bagi mengurangkan kos operasi

8) Dari tahun 2015-2017, MAS terus mencatatkan kerugian yang berjumlah hampir RM10 billion. Hasrat Muller yang meletakkan sasaran tahun 2018 untuk menamatkan kerugian tampak kabur. Dan ianya terbukti setelah tiba tahun 2018, MAS masih gagal mencapai ‘break even’ dan sasaran ini ditunda lagi ke tahun 2022

9) Mengikut rekod, Datuk Idris Jala yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang minyak dan gas (sebagai CEO Shell MDS dan Shell Sri Lanka) berjaya mengeluarkan MAS dari ambang kerugian pada tahun 2005 (RM1.3 billion) sehingga berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM850 juta pada tahun 2009 sebelum beliau keluar

10) Mampukah Tan Sri Wan Zul yang akan mengisi tampuk Pengerusi MAS bermula Julai 2020 nanti melakukan perkara luar biasa yang bakal mengembalikan zaman kegemilangan MAS sebagai syarikat penerbangan negara yang diiktiraf terbaik di rantau Asia? Sama-sama kita nantikan……

Kluster Tarbiyah ISMA
Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close