Berita Utama

Perlekeh Hari Jawi, netizen Cina mahu Jumaat ‘Hari Makan Babi’

Anggap usaha martabat Jawi kebelakang, tuduh Melayu lupa diri

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 19 Zulkaedah 1441H, Sabtu – Seperti dijangka, usaha kerajaan memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan Malaysia yang perlu dipelihara menerima tentangan dalam kalangan netizen Cina di negara ini.

Bukan hanya dikritik, bahkan inisiatif yang dilaksanakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut dihina dan diperlekeh oleh mereka, yang rata-ratanya ‘panas’ dengan usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat. 

Tinjauan Ismaweb.net di ruangan komen Facebook beberapa portal berbahasa Cina mendapati, kebanyakan netizen Cina dengan biadab mengecam usaha Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, selain mendakwa pelaksanaan itu disokong kuat anggota Kabinet MCA.

Di ruangan komen Facebook Malaysiakini versi Cina, beberapa netizen membantah dan memperlekehkan Hari Jawi sebagai usaha ke terbelakang.

“Adakah Jawi budaya Malaysia? Ahli politik yang berbalut kepala! Kita dah capai status negara maju,” tulis Kwee Fatt Chong.

“Tidak perlu memandu kereta lah! Naik unta dan berjalan kaki lebih baik,” tulis Lee Lih Yeong.

“Menteri Pengangkutan dalam Kabinet, Wee Ka Siong masih belum mengeluarkan kenyataan menyalahkan DAP?,” kata Yoon Kah Kian.

Sementara di ruangan komen Sin Chew Daily, pengguna bernama 钱英龙 (Qian Ying Long) menggesa, kaum Cina untuk berhenti berpolitik dan bersatu menentang pelaksanaan itu.

“Adakah ahli politik sedang mengarabkan negara ini? Lupa dirinya Melayu? Sebagai orang Melayu sepatutnya meneruskan komunikasi dalam bahasa Melayu,” tulis Alan Chin Weng Lon.

“Kalau begitu pada hari Jumaat semua orang Melayu makan daging babi,” tulis 阿发 (A Fa).

“Saya menyokong dasar ini, pada hari tersebut saya akan mengadakan jamuan babi, sambil minum arak dan menulis Jawi, baguskan?,” kata 甘子毅 (Gan Zi Yi).

“Kami masyarakat Cina juga mengumumkan hari Jumaat adalah ‘Hari Makan Babi’,” tulis 赖改翔 (Lai Gai Xiang) dalam ruang komen Pocketimes.

Semalam, Dr Zulkifli mengumumkan Hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini, dalam usaha mengekalkan dan memperkasa sebahagian tradisi serta kebudayaan yang membentuk Malaysia. 

Beliau dalam kenyataan berkata, usul itu telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

Bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan itu bagi urusan rasmi mulai semalam.

Dr Zulkifli berkata, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button