Berita Utama

Pelanggan berhak minta bukti penggunting bebas COVID-19

Syarat gunting rambut si tukang mesti negatif untuk beroperasi

PUTRAJAYA, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat menggunting rambut berhak meminta sijil kesihatan bebas COVID-19 daripada penggunting rambut sebelum menggunakan khidmat mereka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) kedai gunting rambut dipatuhi terutama apabila melibatkan penggunting rambut warga asing.

“Syarat untuk menggunting rambut ialah tukang gunting mesti negatif (COVID-19) untuk teruskan operasi mereka.

“Pengguna boleh minta (dokumen) setiap klinik yang buat ujian swab, biasanya akan keluarkan surat mengatakan mereka bebas virus itu. Pengunjung berhak minta surat tersebut,” katanya dalam sedang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Kedai gunting dan dandanan rambut serta salon kecantikan dibenarkan beroperasi sejak 10 Jun ketika PKPP. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close