Berita Utama

2,000 tukang gunting rambut warga asing perlu disaring

Syarat untuk mula kerja di kedai perlu laksanakan ujian COVID-19

PUTRAJAYA, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Lebih 2,000 warga asing yang berkerja sebagai tukang gunting rambut di negara ini perlu menjalani ujian COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah diteliti bagi memastikan operasi terbabit dijalankan sewajarnya.

Katanya, mengikut data yang ada ketika ini, jumlah pesakit membabitkan warga tempatan adalah kurang dan yang membabitkan warga asing perlu diteliti.

“Salah satu daripada syarat untuk mereka mulakan kerja di kedai ialah perlu laksanakan ujian COVID-19 untuk warga asing, termasuk tukang gunting rambut.

“Jadi kita sudah jalankan syarat ini dan kita dapati ada kes yang positif, itulah kebimbangan kita.

“Tetapi kalau kita lihat dari segi gejala dan sebagainya, walaupun tukang gunting rambut itu tak ada gejala, kita tetap akan asingkan mereka di hospital dan akan saring kontak rapat dalam kalangan rakan mereka dan juga teman serumah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya akan melihat SOP bersama-sama agensi untuk memastikan kempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Chini.

“Kita akan lihat daripada senarai kes yang kuarantin atau pun mereka yang dimasukkan ke wad.

“Tapi kalau pesakit yang tenat contohnya, jadi mereka mungkin tidak dibenarkan keluar ke wad untuk mengundi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close