Berita Utama

Polis nafi Jho Low dikeluarkan dari notis merah Interpol

Berita palsu wujudkan kegusaran masyarakat

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulawal 1444H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Polis Antarabangsa (INTERPOL) sebagai helah untuk individu terbabit kembali ke Malaysia.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, dakwaan yang dimuat naik di akaun Twitter @the borneoghost itu merupakan berita palsu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mewujudkan kegusaran masyarakat.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menyalahgunakan platform itu untuk menyebarkan berita tidak benar sehingga boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button