Berita UtamaDunia

7 maut, Ukraine tuduh Russia lakukan jenayah kemanusiaan

Terpaksa bergelap, bersejuk akibat serangan peluru berpandu

KYIV, 29 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh Russia melakukan jenayah kemanusiaan selepas puluhan peluru berpandu menghujani negara itu sehingga menyebabkan keseluruhan Ukraine kini bergelap.

Perkara berkenaan dimaklumkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sambil menjelaskan formula keganasan berkenaan telah menyebabkan jutaan penduduk Ukraine terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan gelap ketika musim sejuk.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa bersejuk dengan suhu di bawah paras sifar tanpa alat pemanasan.

Situasi berkenaan turut mengakibatkan sekurang-kurang tujuh nyawa terkorban.

Malah, tiga jana kuasa yang di bawah kawalan Russia turut terputus bekalan elektrik termasuk di stesen jana kuasa Zaporizhzhia – loji terbesar di Eropah.

Situasi getir berkenaan memaksa generator diesel digunakan untuk menggerakkan sistem penyejukan dan peralatan keselamatan utamanya.

Sementara itu, Agensi Tenaga Atom Antabangsa (IAEA) menyuarakan kebimbangan besar mengenai keadaan di loji tersebut yang kini di bawah kawalan Russia berikutan kerosakan akibat tembakan berulang.

Dalam pada itu, seorang pegawai berkata, serangan peluru berpandu Russia ke atas stesen jana kuasa telah menyebabkan kerosakan dan sekali gus mengakibat lebih separuh daripada stesen jana kuasa berkenaan memerlukan proses pembaikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button