Berita UtamaDunia

Brazil kerjasama dengan makmal China hasil vaksin COVID-19

9,000 sukarelawan akan diuji dengan vaksin di Sao Paulo

BRASILIA, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Pemimpin Brazil mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan makmal Sinovac Biotech China untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

Bertempat di Sao Paulo, seramai 9,000 sukarelawan akan diuji menggunakan vaksin terbabit pada pertengahan bulan Julai.

Brazil muncul sebagai negara kedua paling terkesan di dunia akibat wabak COVID-19 selepas Amerika Syarikat (AS), dengan lebih daripada 770,000 kes jangkitan disahkan dan hampir 40,000 kematian.

Sementara itu, Gabenor Sao Paulo Joao Dorio dalam satu sidang akhbar berkata, pusat penyelidikan terkemuka di Brazil iaitu Institut Butantan telah memeterai perjanjian perkongsian teknologi dengan Sinovac Biotech.

“Kajian menunjukkan bahawa vaksin akan dapat diedarkan pada Jun 2021, sekiranya ujian terbukti berkesan.

“Perjanjian ini akan menghasilkan jumlah vaksin secara besar-besaran dan akan menyembuhkan berjuta-juta orang di Brazil,” katanya.

Sinovac Biotech adalah salah satu daripada empat makmal China yang diberi kuasa untuk mencipta ujian vaksin.

Difahamkan, makmal itu pada bulan lalu telah berjaya menghasilkan 100 juta dos vaksin menggunakan nama komersial, Coronavac.

Minggu lalu, Sao Paulo State University memberitahu bahawa vaksin yang sedang dikembangkan oleh University of Oxford itu akan menguji seramai 2,000 sukarelawan Brazil bermula pertengahan bulan Jun. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button