Berita Utama

COVID-19: 33 kes baharu, 17 kes penularan dalam negara

Terdapat satu kes kematian jadikan jumlah keseluruhan 119

PUTRAJAYA, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Memasuki hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sebanyak 33 kes baharu positif COVID-19 dikesan hari ini melibatkan 17 kes penularan dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,402 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,115 kes.

“Daripada 33 kes baharu yang dilaporkan, 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes penularan di dalam negara, 14 kes adalah bukan warganegara dan tiga kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, bagi tiga kes dalam kalangan warganegara, kes saringan kontak kepada kes positif (kes ke-7,735) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kes saringan pusat tahfiz di Selangor serta kes saringan kepada kes kematian dalam komuniti iaitu kes kematian ke-119, masing-masing mencatatkan satu kes.

Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 119 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close