Berita Utama

SPRM buru pegawai kanan bekas menteri bantu siasatan

Suspek dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd [email protected] Hisham

KUALA LUMPUR, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataan berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd [email protected] Hisham, 29, dan beralamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Saifullah diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat [email protected] – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close