Berita Utama

Sultan Johor arah siasat isu kain rentang anti-Rohingya depan masjid

Jangan terburu-buru buat kenyataan tanpa usul periksa

BANGI, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meminta semua pihak berhenti menyebarkan khabar angin dan spekulasi berhubung isu kain rentang anti-Rohingya yang tular di laman media sosial baru-baru ini.

Menurut baginda, isu berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi negatif, terutamanya terhadap institusi masjid serta surau di kawasan itu. 

Justeru, baginda telah mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Pejabat Penghulu menjalankan siasatan terperinci isu berkenaan yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah masjid di Kampung Plentong Baru, Johor. 

Sultan Ibrahim bertitah supaya hasil siasatan berkenaan dilaporkan semula kepada baginda. 

“Jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga lupa bahawa perkara yang ditulis kemungkinan adalah fitnah,” titah baginda menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Sebelum ini, tular di media sosial sepanduk yang tertulis ‘kami tidak mengalu-alukan Rohingya’ dan ‘kami tidak perlukan anda di sini’, dipercayai di sebuah kampung di Masai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button