Berita UtamaPendapat

Tanda-tanda hormat Islam di Malaysia

1. MENGIKTIRAF bahawa Muslim mengimani tuhan yang tunggal, iaitu Allah dan tidak akan cuba menggunakan kalimah Allah dalam konteks yang tidak diredhai Allah, Rasul dan Muslim keseluruhan.

Maka, mereka yang menghormati Islam di Malaysia, tidak cuba mencabar kedudukan Allah dengan setarakan Allah dengan makhluk lain, tidak mengatakan Allah mempunyai anak, atau boleh di’contextualize’ dengan definisi agama selain Islam.

2. Mengiktiraf bahawa Muslim meletakkan agamanya Islam sebagai deen (cara hidup), iaitu bukan sekadar pada aqidah peribadi, ibadah persendirian mahupun akhlak.

Tetapi Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.

Kebudayaan dan undang – undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.

Maka mereka yang menghormati Islam di Malaysia, tidak cuba menyatakan bahawa Islam sekadar upacara ritual di majlis rasmi. Mahupun mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular.

3. Mengiktiraf bahawa Muslim di Malaysia akan terus kekal dalam agamanya, Islam. Manakala, bukan Muslim bebas mengamalkan ajaran agama mereka sendiri.

Maka tidak boleh ada sebarang usaha pendakyahan agama lain ataupun idealogi selain Islam kepada Muslim.

4. Mengiktiraf bahawa Muslim meletakkan keutamaan kepimpinan (muwalah) kepada Muslim yang soleh dan berwibawa. Dan berdasarkan sejarah, jati diri dan konteks negara Malaysia, bangsa Melayu Muslim mempunyai kedudukan istimewa dalam memacu kepimpinan negara ini.

Maka tidak boleh dicabar apabila Muslim mempertahankan jawatan dan posisi utama dalam pemerintahan untuk diisi oleh Muslim, di kalangan bangsa Melayu. Bahkan tidak boleh dipersoal kedudukan institusi raja di Malaysia.

5. Memahami konsep amar maaruf nahi mungkar bagi seorang Muslim. Mungkar terbesar adalah meninggalkan tauhid dan mensyirikkan Allah. Sedangkan maaruf terbaik adalah mengiktiraf hak hakimiyah Allah, dan melaksanakan hukumNya.

Hadam 5 ini dulu, sebelum menunjukkan tindakan-tindakan lain yang konon menghormati Islam mahupun kononnya bersifat Islamik.

Hidayah Ismail
Aktivis Isma Melaka

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button