Berita Utama

Tun M lebih bagus jadi pembangkang

Harap pemimpin Melayu tak dungu corakkan kepimpinan

BANGI, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan ‘bagus’ menjadi pembangkang, bila mana tidak lagi mengetuai kerajaan – yang hanya mampu bertahan 22 bulan.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Luqman Ab Hamid yakin tidak ramai yang merindui Dr Mahathir selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Rakyat sudah mengenal kaca dan permata, yakni mampu menilai pemimpin yang diyakini mampu mengemudi kepimpinan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Ini terbukti apabila kerajaan kekal tenang, sanggup memikul beban tanggungjawab selain melenyapkan resah di hati rakyat, katanya.

Bahkan, rakyat sedia maklum akan perkembangan Muafakat Nasional (MN) yang mahu mengambil posisi sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum kelak.

“Kaca-kaca MN akan diasingkan dengan baik dimasa hadapan agar yang benar-benar bersih dan kompeten menjadi jentera kerajaan Yang di-Pertuan Agong.

“Adapun DAP, ideologi mereka telah tamat tempoh baik dari segi jumlah komposisi kaum mahupun ideologi mereka sendiri.

“Pilihan yang ada adalah dengan melaga-laakan kepimpinan Melayu itu sahaja,” katanya

Pada masa sama, badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan berperanan sebagai jambatan persahabatan kepimpinan Melayu.

“Kami bersandarkan kepada Allah agar memberikan hidayah kepada kepimpinan Melayu agar tidak terus dalam keadaan dungu dalam mencorakkan kepimpinan Melayu. Kami tidak akan berputus asa dengan bangsa ini,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button