Berita Utama

Warga asing cuba lolos PKP Pentadbiran Kuala Langat

PKP secara pentadbiran dijadual berakhir 16 Jun

KUALA LUMPUR, 20 Syawal 1441H, Jumaat – Terdapat percubaan penduduk, dipercayai warga asing di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni, Kuala Langat untuk melarikan diri daripada kawasan itu.

Perkara berkenaan disahkan oleh polis berikutan penemuan dua beg berisi pakaian berhampiran kawat duri yang memagari kawasan itu serta kesan cubaan memotong kawat duri terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku beberapa hari lepas, dan disedari anggota polis yang bertugas melakukan rondaan setelah menemui beg berisi pakaian.

Bagaimanapun, beliau berkata, penduduk di kawasan berkeluasan hingga 4.1 kilometer itu, amat patuh kepada arahan yang dikenakan terhadap mereka dan hanya keluar apabila perlu seperti membeli barangan keperluan dan kecemasan.

“Penduduk juga diberikan surat pengesahan dari Kementerian Kesihatan (KKM) selepas disahkan negatif COVID-19 dan mereka juga telah dibenarkan keluar untuk bekerja semula sejak Isnin lepas,” katanya kepada Bernama.

Menurut Azizan, PKP secara pentadbiran itu dijadual berakhir 16 Jun, tertakluk kepada sebarang arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

PKP secara pentadbiran dikenakan di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 3 Jun berikutan wujudnya kes positif COVID-19 di kawasan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close