Berita Utama

Tiada lagi sidang akhbar harian COVID-19

Dr Noor Hisham ucap terima kasih kepada rakan media

PUTRAJAYA, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan COVID-19 mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar hari ini yang menjadi rutin harian sejak negara dilanda pandemik itu sejak lebih tiga bulan lalu.

Sejak lebih tiga bulan lalu, Dr Noor Hisham yang turut dilabel sebagai manusia paling popular di Malaysia muncul di kaca televisyen setiap hari bagi memaklumkan perkembangan terkini Covid-19 di negara ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button