Berita Utama

Bila SPRM nak ambil tindakan terhadap Zahid?

Peruntukan golongan belia di Terengganu jelas sogokan

BANGI, 12 Muharam 1445H, Ahad – Tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jelas satu rasuah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ramai pihak ternanti-nanti tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu yang jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju memperuntuk geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.

Beliau juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam PRN pada 12 Ogos ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yakin gelombang biru dan merah akan mengubah ‘pantai politik’ di Terengganu pada PRN kali ini dengan didukung oleh pemimpin belia serta pengundi berumur 18 hingga 30 tahun dan 31 hingga 40 tahun.

Mengulas perkara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam pelbagai platform media sosial di atas ucapan tersebut, SPRM nampaknya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Katanya, ia dilihat jauh beza dengan kenyataan segera terhadap tindakan pihak pembangkang.

“Sehingga menyediakan bas oleh kerajaan Kelantan untuk kemudahan pengundi pulang membuang undi, dengan tiada sebarang syarat sama ada mengundi sesiapa yang mereka suka, dianggap satu kesalahan rasuah,” katanya.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/07/30/sumbangan-menjelang-prn-apakah-ini-bukan-politik-wang/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button