Berita Utama

Hina buka masjid: Cari identiti, kenakan tindakan tegas

Sekian lama menetap di Malaysia, masih ada tidak beradab

BANGI, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Tindakan tegas perlu diambil terhadap netizen Cina yang mengecam keputusan pembukaan semula masjid dan surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan, bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga had kapasiti bagi dewan solat utama yang bermula, semalam.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim menyifatkan, sikap bodoh sombong berkenaan boleh menghancurkan negara.

“Sekian lama menetap di Malaysia, orang Cina ini masih tidak tahu beradab. Setiap seorang yang mencatit komen celupar ini mesti dicari siapa identiti mereka dan dikenakan tindakan!,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pembukaan semula masjid dan surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dimulakan dengan solat Jumaat, semalam.

Katanya, Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat.

“Sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai pada hemat jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak kariah lain untuk hadir.

“Kapasiti ini akan ditambah secara berperingkat dengan makluman dari semasa ke semasa atas nasihat daripada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Meskipun kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri amat berhati-hati dalam membuat keputusan berhubung pembukaan semula aktiviti di masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Malaysia itu, keputusan berkenaan dilihat tidak disenangi segelintir pihak.

Dalam ruangan komen di laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News Malaysia, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai ‘sampah’ dari pihak berkuasa.

Pengguna media sosial dikenali sebagai Isaac Soo meminta pihak berkuasa tidak membahayakan orang lain dengan membenarkan pembukaan tempat ibadat itu.

“Jangan membahayakan orang lain lagi, menyebabkan ramai orang mati. Syurga tidak akan menerima kamu,” katanya.

Sementara pengguna dengan nama Ginnie Gin pula berkata, jika pandemik COVID-19 ini kembali merebak, maka yang perlu dikurung adalah umat Islam sahaja.

“Kalau merebak lagi, kurung komuniti dari bangsa kamu sahaja, jangan susahkan orang lain,” katanya.

Bertindak melampau dalam responnya terhadap keputusan itu pula adalah seorang pengguna dengan nama Kuan Ten How.

“Orang tua ini asyik dengan sembahyangnya, boleh mati ke kalau tak dapat sembahyang?,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close