Berita Utama

Pandang serius lambakan warga Afrika terlibat kes jenayah

Babit jenayah komersial seperti sindiket penipuan siber, dadah

BANGI, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Kerajaan dan agensi berkaitan digesa memandang berat isu kebanjiran warga asing khususnya dari Afrika yang memberi kesan secara langsung kepada peningkatan kadar jenayah berat di negara ini. 

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, ramai dalam kalangan mereka asalnya masuk ke Malaysia melalui visa pelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta tidak kembali ke negara asal, bahkan terbabit dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat. 

Beliau berkata, ini termasuklah jenayah komersial seperti sindiket penipuan siber, jenayah samun dan sindiket pemerdagangan dadah serta senjata. 

“Bahkan, Malaysia pernah dikejutkan dengan penahanan seorang lelaki warga Nigeria berhubung kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin yang menyayat hati. 

“Kerajaan dan agensinya mesti memandang berat terhadap kebanjiran pendatang warga asing khususnya dari Afrika yang terlibat dengan kes-kes jenayah berat. 

“Ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Isu lambakan warga asing masih belum menemui penyelesaian menyeluruh meskipun kerajaan telah mempertingkatkan tindakan tegas ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini. 

Bagaimanapun, sehingga kini isu ratusan ribu pelancong China dan India yang tiada rekod keluar dari negara masih menjadi persoalan, bahkan semalam polis mendedahkan kes pemalsuan kad pengenalan kepada warga asing dengan harga RM200 hingga RM300.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close