Berita Utama

Peguam direman 7 hari bantu siasatan tanah RISDA di Tongod

Suspek dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017 lagi

KOTA KINABALU, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman tujuh hari sehingga 18 Jun, bagi membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod.

Majistret Lovely Natasha Charles, membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan SPRM pada jam 4.15 petang semalam, selepas hadir ke pejabat agensi itu di sini pada jam 1.30 tengah hari, bagi memberi kenyataan berhubung kes berkenaan.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, atas kes pecah amanah.

Terdahulu, suspek yang diiringi peguamnya Zahir Shah dan beberapa anggota SPRM, tiba di mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi, menaiki kenderaan agensi itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button