Dunia

Israel seksa 170 tahanan kanak-kanak Palestin

Zionis patut bertanggungjawab di hadapan mahkamah antarabangsa

TEBING BARAT, 10 Zulkaedah 1444H, Selasa – Seramai 170 kanak-kanak Palestin berdepan pelbagai bentuk penderaan dan penyeksaan di penjara Israel.

Perkara itu didedahkan Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, Assem Khamis sebelum persidangan serantau mengenai mencegah pencabulan ke atas kanak-kanak dalam konflik bersenjata di Doha, Qatar pada Ahad.

Beliau berkata, sejak 2005 hingga 2022, pengganas Israel telah menahan 7,500 kanak-kanak Palestin, dan menambah bahawa Palestin berusaha melindungi kesemua mereka daripada sebarang aktiviti yang boleh mendorong pembabitan di dalam konflik bersenjata, terutama yang pernah ditangkap oleh pendudukan Israel.

“Penceroboh Israel berusaha tanpa henti untuk menghancurkan kehidupan kanak-kanak Palestin melalui penangkapan, gangguan, dan mendedahkan mereka kepada keganasan serta ancaman,” katanya.

Beliau menggesa negara haram Israel untuk bertanggungjawab di atas pencabulan berkaitan hak kanak-kanak di hadapan mahkamah antarabangsa, selain menyokong Kementerian Pembangunan supaya melindungi, menjaga dan memulihkan kanak-kanak Palestin.

Assem juga menyokong pertubuhan antarabangsa dan institusi Palestin yang merekodkan pencabulan hak kanak-kanak oleh rejim Zionis, serta menyalurkan bantuan dan menyertai Persidangan Kanak-Kanak Palestin yang akan dianjurkan Kerajaan Jordan.

Liga Arab menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan bekerja secara serius untuk menghentikan pencabulan Israel terhadap kanak-kanak Palestin, untuk memastikan perlindungan hak dan keselamatan mereka.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button