Berita Utama

Pelantikan Eric Paulsen umpama api dalam sekam

Inilah akibatnya bila bekas menteri PH duduk dalam Kabinet PN

BANGI, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Pelantikan individu anti-Islam, Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) menerusi menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah disifatkan umpama api dalam sekam, kata Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA, Hazwan Mohamad. 

Beliau berkata, inilah akibatnya apabila bekas menteri di bawah Pakatan Harapan (PH) menjadi menteri untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) – yang ditubuh susulan konflik politik pada Februari lalu. 

“Saifuddin juga antara menteri yang lantang menyokong ratifikasi ICERD suatu ketika dahulu. Api dalam sekam,” katanya dalam kenyataan. hari ini. 

Pelantikan baharu Eric di bawah kementerian Saifuddin mendapat bantahan dan tentangan banyak pihak ekoran kelantangan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Islam dan institusi Islam. 

Saifuddin juga pernah melantik Eric menjadi wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021 di bawah beliau ketika menjdi Menteri Luar Negeri sewaktu pemerintahan PH. 

Pelantikan itu pernah mendapat tentangan dan bantahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan melalui kenyataan pada 14 dan 15 Januari 2019.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button