Dunia

Rakyat Lubnan keluar protes tuntut krisis ekonomi, mata wang berakhir

33 cedera termasuk dua tentera dalam demontrasi di Beirut pada Jumaat

BEIRUT, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 33 orang termasuk dua tentera cedera dalam demontrasi yang diadakan penunjuk perasaan sebagai protes kepada keadaan kemerosotan ekonomi dan krisis mata wang Lubnan, menurut Bilik Operasi Badan Bantuan Kecemasan negara itu.

Protes – yang berlanjutan sejak Jumaat – menjadi tegang selepas berlaku pelanggaran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan ketika Presiden Lubnan, Michel Aoun mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kembali mata wang negara. 

Penunjuk perasaan mula melemparkan batu dan bunga api ke arah polis, sebelum pasukan keselamatan bertindak melepaskan gas pemedih mata sebagai usaha meredakan rusuhan yang berlarutan sehingga lewat malam Jumaat. 

Dalam kejadian di pusat bandar Beirut, kira-kira 200 lelaki berkumpul dan bertindak ganas dengan merosakkan harta benda awam dan premis persendirian termasuk membakar kedai. 

Di bandar Tripoli pula, tentera menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang melaungkan ‘revolusi’, selain ada yang bertindak ganas melemparkan batu ke arah bank dan premis perniagaan. 

Selepas pertemuan pada Jumaat, Presiden Aoun mengumumkan bahawa bank pusat akan melaksanakan langkah-langkah berkaitan mulai Isnin, termasuk membawa masuk dolar ke dalam pasaran sebagai usaha menyokong mata wang pound Lubnan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button