Berita Utama

Tahanan lari: Seorang berjaya ditangkap, 8 masih diburu

Polis terpaksa guna kekerasan minimum untuk menangkapnya

SANDAKAN, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini pada awal pagi Rabu lepas, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu lelaki berumur 40 tahun itu ditahan di sebuah pondok tepi jalan di Km 27 Jalan Sandakan-Kota Kinabalu dekat sini kira-kira pukul 2.00 petang.

“Berlaku sedikit pergelutan sewaktu melaksanakan tangkapan itu, sehingga pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum untuk menangkapnya,” menurut kenyataan itu.

Polis sedang memburu lapan lagi tahanan yang masih bebas selepas melarikan diri dari PTS itu, dipercayai selepas merosakkan jeriji sebuah tingkap pada pukul 2.20 pagi ketika hujan lebat, dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sandakan dengan menelefon 089-212222. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button