Berita Utama

Warga tempatan tak perlu ujian PCR sebelum berlepas ke Sarawak

Perlu patuhi SOP termasuk muat turun aplikasi MySejahtera

PUTRAJAYA, 21 Syawal 1441H, Sabtu – Orang ramai kini boleh memasuki Sarawak seperti biasa tanpa perlu memohon kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, bagi pergerakan rentas negeri dan menjalani ujian saringan COVID-19 (PCR) sebelum berlepas ke negeri itu.

Kebenaran itu adalah untuk rakyat Malaysia sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

“Sampel PCR juga akan diambil secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri (udara, darat dan laut), dan mereka dinasihat memuat turun aplikasi ‘COVID Trace Sarawak’ dan ‘Qmunity’,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Pergerakan rentas negeri ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, sebelum ini perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, selain mengambil sampel PCR bagi membendung penularan wabak COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button